Total Pageviews

Saturday, November 26, 2011

Tiga langkah untuk hidup sihat




Dalam dunia yang moden dengan penduduknya yang mencecah 7 billion manusia, macam-macam pun jika luluskan oleh penguatkuasa setempat boleh dijadikan makanan. Ada juga kajian yang menyatakan pada tahun 2020 berikutnya manusia akan kekurangan ikan laut. Oleh yang demikian, manusia tidak berputus asa mencari sumber-sumber baru untuk dijadikan makanan. Tidak kira apa jua. Keadaan ini juga memberi peluang pada mereka-mereka yang ada hubungan baik dengan pehak penguatkuasa untuk meraih keuntungan yang besar.
Tidak hairanlah makan-makanan yang baru, yang dulunya tidak dimakan oleh manusia, atau dimakan oleh segelintir puak/kaum sudah menjadi begitu popular. Makanan ini diubahsuai secara pengubahsuaian jenatik atau kompenen semula jadi supaya tidak memudaratkan kita manusia. Namun begitu, manusia masih belum lagi memahami sepenuhnya apa yang terjadi pada makanan-makanan yang dimakan. Ini sememangnya kelemahan kita manusia walaupun dengan adanya jutaan pakar-pakar, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh makanan masih bermaharajalela lagi. Sakit jantung, kanser dan angin akmar adalah diantara penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh makanan-makanan baru yang direka oleh manusia.
Hidup sihat tanpa penyakit memanglah diidami oleh setiap manusia. Dengan adanya berbagai penyakit, agak sukar untuk kita jauhi dari diserangi, bagaikan katak hendak menyebrangi lebuhraya. Walaupun agak sukar, ada diantara kita sudah berjaya menjauhi hidup bahagia sampai umur menjangkau ke 90an. Untuk mereka yang telah berjaya saya ucapkan tahniah, sukur Alhamdullillah dan isya-Allah berbahagia selalu.
3 langkah untuk hidup sihat adalah seperti berikut:
1). Jauhkan diri dari makanan yang mengandungi TFA, iaitu TRANS FATTY ACID yang paling merbahaya sebab sukar kita hendak mengetahui di mana ianya bersembunyi. Ini agak berbeza dengan rokok, lemak ini amat disukai oleh manusia. Oleh kerana TPA terkandung dalam kebanyakan makanan moden, maka amat sukar untuk kita mengelaknya dari dimakan. Satu cara yang boleh kita buat ialah jauhkan diri dari makanan yang mengunakan margerin, krim temusu, bahan-bahan isian dari minyak sayuran. Ini sangatlah mustahil kerana boleh dikatakan semua makanan ringan mengandungi TPA, oleh itu pangtanglah kecuali keropok dan kebanyakan kerepek tradisional.
2). Elak dari makanan dan minuman yang dibuat dari soya segar. Kalau nak makan mee goreng, order sepinggan tanpa tauhu atau tokua. Lagi pun makanan-makanan segera yang terdapat di kaunter-kaunter pasaraya kebanyakannya mengandungi pati kacang soya; memang tak boleh mis. Kalau dulunya lemak babi digunakan, sekarang lemak binatang ini digantikan dengan lemak trans yang diperbuat dari minyak kacang soya. Jangan sekali-kali minum air soya, yang dalam kotak ataupun ditepi jalan. Soya segar memang ada banyak keburukan dari kebaikan. Ia mengadungi getah phytic acid yang boleh melembabkan penghadaman makanan dalam perut yang boleh mengakibatkan penyakit urik asid dan gout. Lagipun kacang soya sekarang adalah produk GMO atau secara ringkasnya product direka oleh manusia, dan tidak lupa juga dengan racun perosak ada pada setiap biji kacang. Bahan merbahaya yang terkandung dalam kacang soya termasuk:
 i). Phytic acid, atau phytates yang didalam getah kacang mentah. Bahan ini akan menahan penghadaman mineral yang mustahak untuk badan seperti calcium, magnesium, besi dan zinc.
ii). Bahan penghalang pencanaan protin. Bahan ini akan menahan penghadaman trypsin dan enzymes-enymes yang lain yang digunakan badan untuk pencanaan protin.
iii). Kacang soya juga mengandungi hemagglutinin. Bahan ini boleh menyebab pembekuan sel-sel merah dalam darah. Sel-sel merah setelah berkumpul (cluster) boleh mengurangkan pengambilan oksigen dalam darah.
3). Gantikan minyak makan dengan minyak kelapa dara. Langkah ini agak menelan belanja sedikit, tapi perlu beringat kesihatan lebih bermakna dari wang ringgit. Lagi pun pengambilan minyak lain pun akan berkurangan. Ingat yang minyak kelapa dara adalah berbeza dari minyak makan yang lain. 63% adalan minyak rantaian pendek yang senang dihadam oleh badan, jadi minyak yang melalui penghadam biasa hanyalah 37% peratus sahaja. Ini akan secara lansung menurunkan tahap kolesterol didalam dara. Saya rasa lebeh selamat sebab minyak kelapa dara diambil dari santan hanya menguna air kelapa bukan macam minyak soya atau minyak sayuran yang lain yang menguna bahan kimia yang beracun dan mudah terbakar, hexane untuk melakukan ekstrasi dari bahan mentah.
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment