Total Pageviews

Sunday, December 25, 2011

Monday, December 12, 2011

Makin ramai pakar yang yakin pada khasiat Minyak Kelapa Dara

"Recently, I had to have an unpleasant experience in a  TV debate on coconut oil as the best fat for man, next only to mother’s milk as the fat base of both coconut oil and mother’s milk is the vital immune booster, sodium monolaureate. Monolauric acid is found only in mother’s milk and coconut oil. The young cardiologist opposing me was lost for data to match to say that coconut oil is poison but he kept on repeating that his books and ‘guidelines’ say that coconut oil is bad! Little did he realise that all the ‘guidelines’ and books are written by company sponsored thought leaders."Professor Dr BM Hegde, Angioplasty, Bypass Surgery Myths and Chelation Therapy Facts, Moneylife Personal Finance site and magazine
Lagi, apa kata pakar-pakar yang tahu keistimewaan Minyak Kelapa Dara

What Experts Say about Virgin Coconut Oil/Coconut Oil...

"..If there was an oil you could use for your daily cooking (or rawing) needs that helped protect you from heart disease, cancer and other degenerative conditions, improved your digestion, strengthened your immune system, protected you from infectious illness and helped you lose weight, would you be interested?"
Bruce Fife, N.D.
Author of The Healing Miracle of Coconut Oil

Coconut oil is most important oil because it is a lauric oil. The lauric fats possess unique characteristics for both food industry uses and also for the uses of the soaps and cosmetics industries. Because of the unique properties of coconut oil, the fats and oils industry has spent untold millions to formulate replacements from those seed oils so widely grown in the world outside tropics...
Mary G. Enig, Ph.D., F.A.C.N.

Most fats, after digestion, circulate in the bloodstream contributing fat to our fat cells. MCT in coconut oil, however, do not. They are used by the body as an immediate source of fuel and, therefore, do not circulate in the bloodstream like other fats. They produce energy, not body fat. Their ability to produce energy is so effective that after eating a meal containing MCT, your metabolism is shifted into a higher gear and you feel a surge of energy...
Bruce Fife N.D.
Author of "The Miracle Oil"

..coconut oil doesn't have toxic effects. Most of the images and metaphors relating to coconut oil and cholesterol that circulate in our culture are false and misleading.
Raymond Peat, Ph.D

Coconut oil is truly the healthiest oil you can consume. It is rich in lauric acid, which is known for being antiviral, antibacterial and anti fungal and contains no trans fat (even olive oil has some trans fat). You can even use it on your skin to help prevent wrinkles.
Dr. Joseph Mercola
Author of the "Total Health Program" The World's Most Popular Natural Health Newsletter

The remarkable thing about the saturated fat in coconut oil is the high content of medium chain fatty acids, of which the most abundant is lauric acid, forming about 60%. These MCTs have remarkable properties, all of which contribute to our well being.
Dr. Eng Ji Bah
Practicing Thoracic and Cardiovascular surgeon, Penang, Malaysia.
Author of “A Recipe For Health” Published 2005 Malaysia ISBN: 978-9-831-87507-0

Saturday, November 26, 2011

Tiga langkah untuk hidup sihat




Dalam dunia yang moden dengan penduduknya yang mencecah 7 billion manusia, macam-macam pun jika luluskan oleh penguatkuasa setempat boleh dijadikan makanan. Ada juga kajian yang menyatakan pada tahun 2020 berikutnya manusia akan kekurangan ikan laut. Oleh yang demikian, manusia tidak berputus asa mencari sumber-sumber baru untuk dijadikan makanan. Tidak kira apa jua. Keadaan ini juga memberi peluang pada mereka-mereka yang ada hubungan baik dengan pehak penguatkuasa untuk meraih keuntungan yang besar.
Tidak hairanlah makan-makanan yang baru, yang dulunya tidak dimakan oleh manusia, atau dimakan oleh segelintir puak/kaum sudah menjadi begitu popular. Makanan ini diubahsuai secara pengubahsuaian jenatik atau kompenen semula jadi supaya tidak memudaratkan kita manusia. Namun begitu, manusia masih belum lagi memahami sepenuhnya apa yang terjadi pada makanan-makanan yang dimakan. Ini sememangnya kelemahan kita manusia walaupun dengan adanya jutaan pakar-pakar, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh makanan masih bermaharajalela lagi. Sakit jantung, kanser dan angin akmar adalah diantara penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh makanan-makanan baru yang direka oleh manusia.
Hidup sihat tanpa penyakit memanglah diidami oleh setiap manusia. Dengan adanya berbagai penyakit, agak sukar untuk kita jauhi dari diserangi, bagaikan katak hendak menyebrangi lebuhraya. Walaupun agak sukar, ada diantara kita sudah berjaya menjauhi hidup bahagia sampai umur menjangkau ke 90an. Untuk mereka yang telah berjaya saya ucapkan tahniah, sukur Alhamdullillah dan isya-Allah berbahagia selalu.
3 langkah untuk hidup sihat adalah seperti berikut:
1). Jauhkan diri dari makanan yang mengandungi TFA, iaitu TRANS FATTY ACID yang paling merbahaya sebab sukar kita hendak mengetahui di mana ianya bersembunyi. Ini agak berbeza dengan rokok, lemak ini amat disukai oleh manusia. Oleh kerana TPA terkandung dalam kebanyakan makanan moden, maka amat sukar untuk kita mengelaknya dari dimakan. Satu cara yang boleh kita buat ialah jauhkan diri dari makanan yang mengunakan margerin, krim temusu, bahan-bahan isian dari minyak sayuran. Ini sangatlah mustahil kerana boleh dikatakan semua makanan ringan mengandungi TPA, oleh itu pangtanglah kecuali keropok dan kebanyakan kerepek tradisional.
2). Elak dari makanan dan minuman yang dibuat dari soya segar. Kalau nak makan mee goreng, order sepinggan tanpa tauhu atau tokua. Lagi pun makanan-makanan segera yang terdapat di kaunter-kaunter pasaraya kebanyakannya mengandungi pati kacang soya; memang tak boleh mis. Kalau dulunya lemak babi digunakan, sekarang lemak binatang ini digantikan dengan lemak trans yang diperbuat dari minyak kacang soya. Jangan sekali-kali minum air soya, yang dalam kotak ataupun ditepi jalan. Soya segar memang ada banyak keburukan dari kebaikan. Ia mengadungi getah phytic acid yang boleh melembabkan penghadaman makanan dalam perut yang boleh mengakibatkan penyakit urik asid dan gout. Lagipun kacang soya sekarang adalah produk GMO atau secara ringkasnya product direka oleh manusia, dan tidak lupa juga dengan racun perosak ada pada setiap biji kacang. Bahan merbahaya yang terkandung dalam kacang soya termasuk:
 i). Phytic acid, atau phytates yang didalam getah kacang mentah. Bahan ini akan menahan penghadaman mineral yang mustahak untuk badan seperti calcium, magnesium, besi dan zinc.
ii). Bahan penghalang pencanaan protin. Bahan ini akan menahan penghadaman trypsin dan enzymes-enymes yang lain yang digunakan badan untuk pencanaan protin.
iii). Kacang soya juga mengandungi hemagglutinin. Bahan ini boleh menyebab pembekuan sel-sel merah dalam darah. Sel-sel merah setelah berkumpul (cluster) boleh mengurangkan pengambilan oksigen dalam darah.
3). Gantikan minyak makan dengan minyak kelapa dara. Langkah ini agak menelan belanja sedikit, tapi perlu beringat kesihatan lebih bermakna dari wang ringgit. Lagi pun pengambilan minyak lain pun akan berkurangan. Ingat yang minyak kelapa dara adalah berbeza dari minyak makan yang lain. 63% adalan minyak rantaian pendek yang senang dihadam oleh badan, jadi minyak yang melalui penghadam biasa hanyalah 37% peratus sahaja. Ini akan secara lansung menurunkan tahap kolesterol didalam dara. Saya rasa lebeh selamat sebab minyak kelapa dara diambil dari santan hanya menguna air kelapa bukan macam minyak soya atau minyak sayuran yang lain yang menguna bahan kimia yang beracun dan mudah terbakar, hexane untuk melakukan ekstrasi dari bahan mentah.
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, November 24, 2011

Pengawalan Berat Badan Serta Membuang Tanda Resdong dengan VCO

Masih belum terlambat

Mengikut kajian, seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan akan dapat mengurangkan risiko penyakit kecing manis jika membuat pertukaran diet dan meningkatkan aktiviti senaman jasmani. Penyakit-penyakit lain yang boleh dielakkan dengan memberi perhatian pada kawalan berat badan termasuk penyakit jantung, penyakit hempedu, darah tinggi dan kenser.
Pengambilan minyak kelapa dara (VCO) dengan matlamat untuk mengurus atau mengawal berat badan adalah satu langkah yang wajar kerana VCO adalah bahan yang paling selamat serta tidak memberi kesan sampingan yang bahaya dan di luar jangkaan. Disamping mengawal berat badan, VCO mempunyai banyak penawar yang mujarab dan berguna untuk badan serta mengembalikan kesihatan badan ke arah yang seimbang dan sepatutnya.
Minyak kelapa dara tidak mengemukkan sebagaimana yang dihebohkan oleh setengah masyarakat yang pandai bercerita apa yang didengari mereka tanpa usul periksa dari sudut ilmiah semasa. Ia adalah minyak yang paling sihat di dunia. Inilah keajaiban yang dikurnia oleh Allah SWT pada minyak kelapa dara.
Sebelum menjalani disiplin pengunaan VCO, anda harus tahu proses pegawalan berat badan yang akan berlaku pada badan.
1.   VCO berkebolehan memberi ‘booster’ pada penghadaman kembali ke tahap yang sepatutnya.
2.   VCO akan memberi keseimbangan tahap gula yang berada di dalam darah (blood sugar).
3.   VCO akan membunuh gejala-gejala perisit (candida dan ragi) yang menyebabkan ketagihan gula dan kabohidrat serta ketidak kawalan berat badan.
4.   VCO akan memberi tenaga lapisan kepada tubuh semasa penghapusan candida dan ragi (yeast) dengan menghentikan bekalan gula dan kabohidrat kepada kulat-kulat tersebut. Dengan keajaiban VCO membekal tenaga lapisan pada setiap anggota badan, anda tidak akan merasai kesan sampingan semasa proses penghapusan kulat-kulat serta parasit tersebut.
Khidmat nasihat kami tentang cara pengunaan dan pengawalan berat badan diberi dengan percuma supaya anda memperolehi keputusan yang paling berkesan.

AWAS!!! JANGAN TERTIPU DENGAN MINYAK KELAPA ‘ORGANIC’ YANG DIPROSES / DIIMPOT DAN TIDAK MEMPUNYAI KEHARUMAN DAN RASA SANTAN ASLI.

Saturday, November 19, 2011

Pilih minyak kelapa yang betul2 tulin dan dara

Dipasaran ada bermacam jenis minyak kelapa dan minyak kelapa dara. Bukan semua minyak kelapa dara serupa. Penguna atau bakal pengguna mesti pandai memilih minyak yang betul2 tulin dan betul2 dara untuk mendapat khasiat yang sebenar. Seperti rajah di atas menunjukkan 3 cara untuk membuat minyak kelapa dara. Laluan hijau menunjukkan minyak kelapa dara yang diperam dengan menggunakan air biasa dan ragi (paling popular ialah ragi nasi basi). Laluan biru adalah pengeluaran minyak kelapa dara yang menggunakan air kelapa, dan laluan kuning mengguna mesin perah tekanan tinggi (high pressure press machine) untuk mendapat minyak dara.
Kalau dibandingkan kuantiti pengeluaran, laluan kuning boleh mengeluarkan kuantiti yang besar berbanding dengan laluan hijau dan biru. Pembekal-pembekal besar memang menguna cara ini kerana kosnya yang rendah. Minyak ini amat popular dikalangan pembekal-pembekal yang tidak membuat sendiri hanya membuat pembotolan dan bungkusan akhir. Laluan biru pula adalah proses yang perlahan dan pengeluaran yang terkecil berbanding dengan laluan-laluan kuning dan hijau. Masalah yang yang utama ialah bekalan air kelapa yang tidak mencukupi untuk proses peperaman. Untuk mendapat 'yeild' yang optima dari satan yang diperam, air kelapa hendaklah berlebihan dengan kuantiti yang 'excess' (berlebihan).
Dengan mengenali proses pengeluaran, pengguna akan dapat membuat penimbangan yang tepat diantara RM (ringgit) dengan kuantiti yang dibeli. Tidak payaklah saya huraikan minyak kelapa dara yang mana mengandugi khasiat yang tinggi dan tidak dicemari dengan bahan asing. Oleh kerana ramai penguna tidak mengetahui asal-usul minyak kelapa dara, tidak heranlah ramai yang tertipu dengan membeli dengan harga yang mahal.
Minyak kelapa dara yang dikeluarkan dengan mesin tekan (cold pressed) dipanggil 'dry' sebab ianya dikeluarkan dari isi kelapa yang kering. Semasa ditekan dengan kuat minyak kelapa akan keluar dari isi yang kering itu tadi. Semasa itu juga suhu dalam mesin akan naik sedikit dan menghasilkan minyak kelapa dara yang beraroma wangi. Kalau dimakan terus, 'kekeringan' minyak ini akan boleh dirasai semasa menelanya, rasa perit sikit ditekak. Minyak ini boleh didapati dipasaraya dengan harga yang murah sedikit, rm40 untuk 500ml. Kadangkala nama minyak kelapa dara ini ditambah 'Organic' atau 'Extra' untuk memikat hati pelanggan.
Saya kurang senang dengan perkataan 'Organic' ini kerana pada pendapat saya semua minyak kelapa dara adalah organik, setahu saya pohon kelapa jarang sekali menguna baja kimia. Pohon kelapa memang senang tumbuh, tidak seperti buah kelapa sawit yang kadang-kala memerlukan semburan racun perosak, minyak kelapa dara diambil dari isinya bukan dari sabutnya. Kalau nak dikelaskan 'Organic', minyak dari process laluan biru memang tidak menguna bahah asing 100%.
Minyak yang diproses secara basah dengan mengunakan air biasa dan ragi berlainan sedikit. Minyak kelapa dara berbau ragi (masam) dan rasanya pun masam sedikit. Proses ini popular di Malaysia dan di Indonesia dikalangan pengeluar-pengeluar yang rendah bajetnya.


Wednesday, November 16, 2011

Bilangan gemuk teramai di Tengara Asia

Kalau ada kategori sukan gemuk dalam sukan SEA mesti dah tentu EMAS milik kita. Masih lagi dipersalahkan gula, nanti boleh naik harga lagi. Satan sekilo ada sampai RM10, pun ada orang kata bagus sebab rakyat orang Malaysia dah tinggi tahab kolesterol. 10 dalam 10 orang Malaysia tak tau apa dia tu lemak TRANS yang diharamkan di seluruh dunia. Kalau tanya orang kampong, dijawap pulak ' Yang itu........aahh minyak babi la'. Minyak canola datang dari bunga canola pulak.Anak gemuk dianggap sehat dan bersemangat, kalau kurus takut kena kate 'anak depa tu kurus-kurus, takdak duit kot. Yang perempuan tu lain pulak cerita, 'abang saya suka saya berisi sikit'. Kalau yang lelaki pulak bila gemuk tu jalannya mengembang macam Si Sendo, sampai 40tahun, kencing manis pulak Si Sendo tu. Hai macam-macam gelagat zaman teknologi ni.
Recana berikutnya yang di petik dari www.webmd.com, memberi rinkasan keburukan lemak TRANS

Memakan makanan yang bermentega/margerine dan berkrim  adalah sebab utama mengapa seseorang menjadi gemuk. Iklan-iklan margerine yang dulunya popular (10-20 tahun lepas) sudah jarang-jarang kelihatan dikaca TV (ade yang sudah lenyap terus. Warga yang sebaya dengan saya (50an) tentu boleh ingat lagu margine Daisy Margerine. Lemak ini adalah sebenar-benarnya minyak TRANS yang diperbuat dari minyak-minyak sayuran. Margerin dan lemak temusu oleh terdapat didalam berbagai makanan moden. Pilih satu makanan ringan dari rak-rak hyper-market, 99% akan terpilih makanan yang ada lemak TRANS didalam. Makanan ringgan yang mengadungi lemak yang berhantu ini dihias dengan gambar senyuman kanak-kanak dan ahli keluarga yang sihat-sihat. Saya senaraikan dibawah 10 kategori makanan yang masih mengadungi lemak TRANS.
1. Mentega atau margerin
2. Makanan ringan termasuk kek-kek dan biskut (tidak termasuk kerepek dan keropok tradisi melayu)
3. Makanan ringkas seperti mee segera, roti canai
4. Makanan 'fastfood' burger, fries, ayam goreng ala KFC. (tidak termasuk ayam goreng berempah)
5. Makanan frozen
6. Makan bekeri. (roti, donat, dll)
7. Potato chips dan keropok-keropok yang diadun dengan mentega
8. Makanan pagi orang kaya (cereal, choco dan energy bar)
9. Gula-gula dan makanan sampah budak-budak
10. Makanan berkrim seperti kopi atau teh pracampuran, creamer pekat (bukan produk isian susu)
Tuuuuu diaaaa......siapa yang tak pernah makan makan-makan yang disenaraikan. Rasa tak seronok hidup pulak kalau makan-makan ini dipantangkan. Tapi, fikir dulu, jika kaki di potong semasa umur kita 40 tahun, lagi teruk kan?? Kalau buah pingan dah tak  berfungsi semasa umur kita 30 tahun, bagaimana pulak??. Gejala yang dibawa oleh lemak TRANS paling merbahaya. Tapi, kenapa orang dan pehak berkuasa tidak pandang berat. Inilah dunia economy sekarang.

Sunday, November 13, 2011

Helah barat untuk berkuasa dalam minyak makan dunia

Pasaran dunia untuk minyak/lemak memang besar lebih dari 400 juta tan setahun (2008/9). kalau ditukarkan pada mata wang, memang banyak sekali. Lazimnya bila permintaan atau parasan sudah setinggi ini, manusia akan berebut-rebut untuk dapatkan bahagian yang terbesar. Sesiapa yang bermodal besar akan menjalankan kempen buruk terhadap yang lemah. Di sini saya selitkan beberapa artikel yang menujukan secara terang bagaimana barat (USA) memburuk-burukan minyak dari negara-negara tropika.

Dipetik dari The Guardian (2009), Penulis Chambel Webster menulis;
And what of coconut oil? Such organizations American Soybean Association and the Corn Products Company have effectively destroyed much of its reputation when they began, in the early 1980s, a public initiative based on a flawed 1950s study to scare consumers into even thinking about any tropical oils.
The result? The oil that replaced coconut and tropical oils on store shelves was hydrogenated vegetable oil (often from soybeans and corn), one of the most health-damaging dietary oils in existence. The effects were not only devastating to the health of millions, but also the economies of coconut oil-producing countries like the island nation of Dominica. Not only did Dominica's exports collapse, but the local consumption of coconut oils, a centuries-old tradition, has been replaced by imported toxic oils. The result? Declining life expectancy and soaring rates of cardiovascular disease. And you thought the soy people were the good guys.


Dipetik dari akhbar The New York Times, 3 Jun 1987
''Not all vegetable oils are created equal,'' warns Representative Dan Glickman, Democrat of Kansas. A
package of cookies may be ''baked with 100 percent vegetable shortening,'' but if the shortening happens
to be highly saturated palm, palm kernel or coconut oil, it poses far greater health risk than any animal
fat.
A bill sponsored by Mr. Glickman and Representative Ron Wyden, Democrat of Oregon, would
sensibly require manufacturers to specify the oil used.
Package labels now need only say that the product contains one or more of several oils that are listed.
The powerful food producers' lobby contends that manufacturers need flexibility to avoid having to print
new labels when they switch oils to take advantage of changing prices. That expense seems slight
compared with the health costs.
The proposed legislation, endorsed by the American Heart Association, the Center for Science in the
Public Interest and the Consumer Federation of America, would require manufacturers to identify fully
the cheaper, artery-clogging oils from Malaysia and Indonesia.
Chances of passage this session appear good, for American farmers stand to gain from promotion of
products made with domestically produced, unsaturated corn and soybean oil. In this case, the farmers'
economic interest coincides with consumers' health interest.


Dipetik dari Sri Lanka Guardian, 18 Ogos, 2010, Penulis Rajpal Abeynayake;
Talking about coconut oil after pondering over the vexed issue of civilian deaths in war may appear a
surreal journey from the sublime to the ridiculous. Today, essentially U.S-led companies have been able to
wean Sri Lankans away from coconut oil and introduce them to all kinds of Canola fats and sunflower oils
which are as coarse as the engine oil used in your car and are not therefore conducive to maintenance of
proper body metabolism and general good health.
Coconut oil can hardly be found today in the supermarkets in this tropical island, even though I’m happy
that I do not necessarily belong to the supermarket-set of consumers even though sometimes these places are doubtless more convenient than the corner stores and the Sunday fairs.
But, this is merely a consumer disaster — the true calamity is in the fact that coconut oil and coconut based
foodstuffs are some of the most healthful in all of creation. Coconut oil kills the harmful organisms in your
system, the bad-guy yeasts and funguses for instance, which are now known to be causative factors for
serious illnesses such as cancers and inflammation attacks which lead to hardening of the arteries and
eveWhat’s worse than war crimes and Wikileaks?
So we had the best medicine that we almost didn’t need any money to buy being mixed on a daily basis
with our diet, and we traded that for engine oil, and this is the best part — we were told all the while that this
exchange is good for us, because this ‘untreated’ so called coarse and basic coconut oil was said to be a
commodity that causes cholesterol which leads to heart attacks!
Today, an entire swathe of urban workers have been duped into believing that they have cholesterol
conditions which lead to heart attacks, and doctors, oops specialists, keep prescribing these folks
cholesterol medicines which directly enriches the giant pharmaceutical industry —- which is second only to
the armaments industry in terms of global wealth accumulation capacity. The entire cholesterol scare is a
mere bogey with moneymaking being uppermost in the minds of those who propagate this fashionable
cholesterol angst, and more details are sure to come in this newspaper.
People spend fortunes on anti cholesterol drugs, and then they spend more fortunes on side-effect
diseases such as kidney failure etc., which can be directly traced to long-term use of these drugs.
That’s the tip of the iceberg with regard to the multinational assault on our home-grown produce, and by
extension our natural and sustainable lifestyles. That the US multinationals are doing this type of thing
everywhere, mostly in their own home country is no consolation.
The effects of these (anti) consumerist attacks which are all money and greed-driven, far outweigh the
effects of so-called war crimes tribunals and other such red-flag issues, that it makes me seriously think
sometimes that such political issues foisted through US agency in this country are but a smokescreen for
the all-wrecking consumerist subterfuge let loose by the US multinational behemoths.

Sudah menjadi lumrah alam ini, yang manusia ini tamak. Saperti bidalan orang puteh, 'Money, roots of all evils''. Minyak yang begitu tua, murah dan senang diekstrak dari difitnahkan pembawa penyakit baru. Tak masuk akal. Dan seperti diwartakan dalam recana di atas, kajian yang tak betul / tak cukup (flawed studies) pada tahun 1950an menyatakan bahawa minyak kelapa meninggikan tahap kolesterol dalam darah, yang diringkaskan oleh dari Sri Lanka taktic menakutkan penguna saja.
Walaubagaimana pun takti orang putih dah berjaya memundurkan negara-negara pengeluar minyak kelapa, yang penerima balanya ialah penguna diseluruh dunia. Dan hingga sekarang masih ramai lagi yang taat pada cerita dongeng tauke-tauke minyak sayuran ini, serta memberi banyak alasan yang menyebabkan wabak penyakit-penyakit yang berpunca dari minyak minyak sayuran.

Orang melayu memang terus tengelam tidak mengetahui apa yang betul-betul belaku dalam agenda barat untuk mendapat kuasa monopoli minyak makan dunia kerana kekurangan berita, rencana dan ulasan kajian yang terbitkan dalam bahasa melayu. Tak ramai yang sedar berlebihan minyak sayarun boleh menyebabkan kesulitan kesihatan. Boleh katakan semua orang melayu sebulat suara mengatakan SATAN kelapa yang SI Dajal boleh naikkan kolesterol darah, hingga makan diri balik. 'Selagi aku tak makan santan aku bebas baham burger, nugget, donut, kek-kek, airskrim, teh tarik, roti canai, kerepek-kerepek, karipap, char kueh teow, fries, krim temusu, nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato, nasi ayam'. Bila kolesterol tinggi sikit mula cakap; 'Aku kena kurangkan nasi lemak, kena masak kari dengan cream temusu, tak boleh makan cendol', terus mengesahkan santan yang Si Dajal. 
Semua negara dah haramkan LEMAK TRANS (TRANS FAT) termasuk di Malaysia; Lemak Trans adalah margerin yang di perbuat dari minyak minyak sayuran. Sengaja di namakan TRANS untuk mengelirukan orang ramai atau penguna, tu sebabnya masih dijual saperti biasa. Apa salahnya kalau katakan semua majerin yang diperbuat dari minyak jagung, minyak soya, minyak bunga matahari dan minyak canola di haramkan; kan 'direct to the point'. Orang kita masih lagi makan burger di joint-joint trendi atau di tepi-tepi jalan dan makan roti canai. 
Makan roti canai - teh tarik adalah saya sifatkan sebagai satu percintaan yang abadi dikalangan rakyat Malaysia. Itu yang unik, dan apa yang unik juga adalah bilangan obis (gemuk, boroi, bincit) yang terbanyak di Asia Tengara; satu situisi yang orang kita kata kebetulan saje....
Untuk langkah pertama ke arah sihat tanpa ubat, perlu kita putuskan percintaan kita dengan roti canai - teh tarik dan juga makan makanan ala orang puteh. Apa yang saya makan ialah pati satan (rm1) campur dengan buahan atau pulut atau keledek, nasi lemak telah disahkan dengan santan, air kelapa muda yang berisi tebal (kena kunyah sikit; habiskan sebiji), buah-buahan potong, pisang, nasi setengah dengan telur ikan atau daging kambing, kueh-kueh melayu yang dikukus (buah melake, kueh ketayap, putu piring, kueh kuci) yang manis-manis dengan kopi pahit (kosong)



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, November 11, 2011

Mengenali minyak kelapa dara


Sebagaimana yang saya tulis dalam recana sebelum ini, lemak tepu yang terkandungan dalam minyak kelapa dara boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama lemak tepu rantain pendek sebanyak 63% dan yang satu lagi 30% lemak tepu rantaian panjang yang juga terdapat dalam lemak minyak sawit dan lemak binatang.
Lemak tepu rantaian pendek/sederhama ini terdiri dari lemak acid caproic (1%), caprrylic (8%), Capric (6%) dan Lauric (48%). Lemak acid Lauric juga terkandung susu ibu serta susu lembu dan kambing tetapi sedikit saja berbanding kandungan dalam minyak kelapa.
Lemak tepu rantaian pendek/sederhana ini luar biasa kerana ianya bukan saja antibody yang kuat dan amat berkesan melumpuhkan bakteria dan virus tetapi ianya juga berkeupayan memberi tenaga dengan pantas tanpa melalui haluan penhadaman minyak-minyak yang lain, dimana hempedu dan juga hati akan memecah lemak panjang sebelum mencananya menjadi tenaga dan juga kolesterol.
Lemak tepu rantai pendek/sederhana ini juga popular dikenali sebagai lemak MCT (Medium chain Triglyceride) dikalangan ahli sukan yang mengunakannya (makan) untuk mendapatkan tenaga. Ianya jadi kegemaran dikalangan pemain rugbi pasukan England. Kestabilan MCT juga menjadikan minyak pilihan untuk dijadikan bahan kosmetik ttanpa alkohol.
Minyak kelapa dara bukannya ubat- ubatan, ianya adalah makanan semula jagi yang berkhasiat saolah-olah satu penawar yang dijadikan oleh Allah swt untuk mencegah dan merawat penyakit ribuan tahun sebelum adanya ubat- ubat modern. Ianya diumpamakan makan campuran anti-biotic yang pandai menhapuskan kuman (kulat, bakteria dan virus) yang jahat dan air minuman tenaga bertindak pantas.

Dengan adanya lemak tepu yang sebeginirupa minyak kelapa kembali semula memenuhi rak-rak, ditokoh-tokoh ubat dan dipasarays yang telah dikosongkan selama lebih dari 5 dekad, sebagai minyak kelapa dara yang lebih mantap. Tak heranlah pada tahun 2009 minyak kelapa dara telah mengambil sebagai hadiah krismas yang popular dikedai online Amazon.com menenepikan makan kesihatan kacang soya yang mendahului makanan-makanan kesihatan lain setiap tahun.
Ini memberi penunjuk yang minyak kelapa dara telah diterima oleh masyarat yang berpengetahuan tetang sifat-sifat minyak kelapa.
Dalam rencana saya, saya sering kali menguna minyak kelapa dan minyak kelapa dara bertukar tukar seolah-olah kedua-dua minyak ini serupa. Memang kedua-duanya seakan-akan. Jika bandingkan kandungan acid lemak kedua-duanya sama, tapi disebabkan minyak kelapa dara adalah minyak 'virgin' warnanya jernih seakan-akan air, baunya lembut dan mengandungi vitamin E, anti-oksida bukan lipin dan boleh bertahan selama 5 tahun tidak tukar bau dan rasa. Baki mereka yang tak tahu atau, mereka ini akan mentaksirkan ianya minyak kelapa dari kelapa muda. Ada juga pakar nutrasi, doktot-doktor dan profesor yang turut membuat taksirran pakai hentam saja menyatakan 'minyak dari kelapa muda' tanpa buat kerja rumah. Sebenarnya minyak 'virgin' ialah minyak yang dikeluarkan secara sejuk tanpa merosakkan struktur minyak jati dengan api atau bahang api. Hah, tu dia. Susah bagi orang yang tak berpengalaman memahami bagaimana nak keluar kan minyak tanpa mengunakan api. Api boleh merosakan kandungan semula jadi (kandungan jati) minyak kelapa menjadikannya senang rosak atau tengek.
Mengikut sumber-sumber pakar nutrasi minyak makan negara barat, negara-negara dirantau asia masih lagi ketinggalan lebih dari 30 tahun tentang penhadaman lemak dan minyak dalam badan; itu sebabnya orang ramai masih tidak sedar yang ujudnya lemak atau minyak yang disahkan penyebab obisiti tetapi masih lagi digunakan sebagai minyak makan dinegara kita. Walaupun negara kita pengeluar minyak makan sawit (sawit) yang terbesar didunia, hanya segelintir saja yang peka tentang peranan minyak makan dalam badan. Untuk apa kita makan minyak/lemak. Ramai yang saya tanya menyakal perkataan 'makan minyak'; "eeh saya tak makan minyak". Secara lansung memang tidak, tapi secara tidak langsung banyak. Lebih dari 80% makan orang melayu ditumis atau digoreng, satu famili yang ada 5 ahli keluarga menguna lebih kurang 10liter minyak masak; tolak 10% sisa, setaip ahli keluarga sekurang-kurang 1.5 kilogram minyak makan yang telah diperhangatkan. Ini tidak termasuk, lemak/minyak dari ayam, margerine dan temusu dalam berbagai bentuk. Saya akan huraikan dalam blogpost yang selanjutnya. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, November 9, 2011

Mengenali minyak dan lemak - 2

Jika kita lihat gambar dalam recana sebelum ini, kita akan dapat gambaran yang minyak kelapa berada didalam kumpulan minyak-minyak yang boleh menyebabkan kolesterol tinggi. Ini kerana ramai di antara kita takut atau rasa fobia terhadap lemak/minyak tepu. Pandangan ini juga meletakan minyak kelapa dan sawit tidak setaraf dengan minyak yang diimport seperti minyak zaitun dan minyak dari bunya biji matahari.
Dengan wang yang banyak dan liputan media yang meluas, tuan-tuan minyak negara barat dapat meyakinkan masyarakat di seluruh dunia yang minyak dari negara mereka adalah sihat di makan. Disebaliknya minyak dari buah kelapa yang dah berkurun-kurun lamanya dimakan oleh manusia boleh menyebabkan penyakit serangan jantung. Saya ingin mengingatkan parapembaca bahawa penyakit serangan jantung ini baru ujud di pertengahan abad 1900. Kalaulah minyak kelapa atau satan boleh menyebabkan serangan jatung maka tidaklah diberi nama samaran 'penyakit orang kaya'.
Memang tabiat orang yang berada suka mendewa-dewakan barangan orang putih. Di negara India umpamanya, survey pengunaan barangan makan diangap tidak tepat kerana ramai yang memberi jawapan yang mereka guna barangan berjenama yang diimport tetapi sebenarnya tidak.Di negara kita pun sama je. Kalau dilihat corak membeli minyak masak, mereka yang berada sudah tentu memilih minyak sayuran dari minyak sawit yang mengandungi berlebihan lemak tepu. Pernah juga saya terserempak dengan saorang kenalan yang memberitahu yang ayam goreng di rumahnya digoreng hanya dengan minyak kacang soya. Pernahkah terlintas dalam fikiran anda apa jadi dengan racun serangga yang digunakan pada bijirin-bijirin soya, jagung dan juga bunga matahari ini. Adakah sesiapa yang pernah lihat racun perosak digunakan pada buah kelapa? BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, November 7, 2011

Mengenali minyak dan lemak. (chemistry of fat) 1

Tak kira lemak atau minyak dari tumbuhan atau binatang ianya boleh disatu dengan istilah triglyceride. (terai-geli-se-ra-id). Kalau kita kenali minyak/lemak dari sudut ini, kita akan dapat memahami minyak/lemak dengan lebih terang. Sama juga seperti dapat membeza-bezakan kanak-kanak yang kembar.

Triglycerides adalah gabungan tiga kumpulan asid lemak yang selalu kita dengar atau baca tertulis pada pak-pak bungkusan makanan.

Asid-asid ini adalah berlainan samasekali dengan asid yang membekukan susu getah atau asid yang boleh membakar kulit kita. Ianya dipanggil asid sebab stuktur kimia menyerupai asid. Jadi lupakan saja asid-asid yang lain bila kita berbincang pasal asid lemak. Ini serupa juga bila kita bercakap pasal Air Itam di Pulau Pinang jangan pula campur dengan pasal Ayer Hitam di Johor.

3 kumpulan asid lemak yang disebutkan ialah acid lemak tepu (saturated fat), asid lemak monotaktepu (mono-unsaturated fat) dan asid lemak politaktepu (poly-unsaturated fat). 3 kumpulan asid lemak ini bukan dicipta oleh manusia tetapi memang sedia ada semulajadi iaitu anugerah Allah kepada manusia.

Sekarang banyak istilah-istilah yang ditokok tambah oleh para cerdik pandai untuk mengelirukan penguna penguna; umpama nama-nama seperti Omega-3 yang sebenarnya ialah asid lemak politaktepu dari minyak ikan, Omega-9 yang juga sebenarnya asid lemak monotaktepu yang terkandung dalam minyak zaitun dan Omega-6 iaitu asid lemak politaktepu yang terkandung dalam minyak sayuran (minyak kacang soya, minyak jagung dan kebelakangan ini minyak dari bijirin bunga matahari)

Saya berpendapat nama saitifik ini tidak perlu diheboh-hebohkan oleh pakar-pakar barat dan juga sangsi dengan kegunaannya kerana saya rasa 'ade udang sebalik batu'.

Helah pertama adalah untuk memasarkan minyak-minyak baru yang mereka cipta untuk diterima oleh penguna. Umpamanya minyak masak Canola yang mereka cipta menerusi GMO bijirin yang menyerupai minyak zaitun; jadi jika minyak zaitun mengangungi asas acid lemak Omega-9, minyak Canola akan diterima dengan senang.

Juga dengan telur ayam Omegs-3, (betul ke telur ayam ade minyak ikan?). Makanan ayam telur murah saja, dedak campur sikit dengan bijirin, takan nak beri ayam makan ikan kod dari laut utara.....kot. Jadi mana datangnya Omega-3 dalam telur ayam? Jawapannya; Dedak yang dicampur dengan bijirin yang kandungan minyak sekumpulan dengan minyak ikan. Saya rasa telur ayam kampung berkhasiat Omega-3 original, sebab ayam kampung bebas makan sisa ikan yang dibuang belakang rumah.

Sekarang ada khabar minyak sayuran tidak lagi popular sebab ada kaitan dengan penyakit jantung. Kebelakangan ini keluar pulak Omega-6, minyak yang mesti ada dalam tubuh manusia (essential oil) yang asalnya adalah minyak sayuran (minyak kacang soya, jagung, sunflower seed).

Jadi berdasarkan keterangan saya yang diatas, manusia tak perlu kita makan minyak/lemak yang berasal dari rantau nusantara atau negara-negara tropika yang telah dimakan dengan selamatnya dan dipecayai ribuan tahun oleh manusia dirantau ini. Ini adalah helah barat yang kedua, iaitu melenyapkan keunggulan minyak kita dengan alasan minyak tepu dari kelapa dan sawit boleh membunuh.

Mana logiknya alasan mereka, minyak yang diguna sejak adanya manusia di bumi nusantara hingga menjadi darah daging penghuni tua yang jarang sekali diserang penyakit jatung; banding dengan minyak sayuran yang baru saja digunakan oleh manusia selama 60 tahun, tapi sudah menyebabkan kes-kes serangan jantung begitu banyak sekali dikalangan yang mereka yang berumur diantara 40an dan 50an; lingkunan umur ini akan terus menurun jika manusia berterusan mempercayai helah kapitalis minyak makan barat.

Gambar rajah berikutnya memberi penerangan secara grafic.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

A healthier liver is the sign of a healthy body

Topic boleh diterjemahkan; 'hati yang lebih sihat adalah tanda badan yang sihat'.

Dalam interaksi harian dengan kawan dan orang ramai, saya dapati ramai yang tidak terlintas memikirkan yang hati adalah salah satu anggota dalaman yang penting. Bagi pendapat saya ia adalah yang terpenting sekali. Kesihatannya mendahalui kesihatan badan. Hati mesti sihat baru badan sihat dan otak cergas. Jadi kesimpulannya hati yang lebih sihat akan menentukan badan dan otak yang sihat dan cergas.

Sistem penghadaman makan kita bermula dari mulut, perut, hati, pancreas, usus besar/kecil dan berakhir di rectum. Dari mata kasar, sistem ini dikenali orang ramai sebagai 'sistem perut'; kesimpulanya, semua penyakit datang dari perut. Gambaran ini membuat masyarakat lebih mementingkan perut dari hati.

'Sistem perut' boleh diumpamakan seperti sebuah kilang pengeluaran product. Ianya meliputi beberapa gudang pemerosesan dimana di dalam 'sistem perut' ini tadi, hati bermain peranan seolah-olah sebagai pusat mengawalan aktiviti pengeluaran (production control) dan kawalan kualiti (quality control) dengan mengunakan alat-alat yang tercagih.

Seperti dikilang-kilang, kualiti barangan yang dikeluarkan bergantung pada kualiti bahan mentah yang diprocess. Umpama, jika kilang A mengeluarkan kepala paip air stainless steel yang tahan karat jika dibekalkan dengan besi biasa, maka berkaratlah produk yang dikeluarkannya. Sama juga, jika kita makan makanan junk (fastfood) sesuka hati (sedap dan hingga kenyang perut), maka hati pun tidak berupaya membuat kawalan dan pengeluaran bahan-bahan yang berguna untuk darah kita, umpamanya pengeluaran kolesterol (jahat) LDL bila terlalu banyak makan lemak politaktepu dan lemak trans yang diprocess dari sumber minyak sayuran.
Seperti mesin kilang, hati pun mempunyai kapasiti yang optimum. Tabiat makan sampai kenyang 3-4 kali sehari dengan makanan yang berminyak minuman berkrim boleh 'overload' mekanisma hati dan seturusnya menjejaskan kesihatannya. Tabiat makan yang elok ialah makan yang sederhana dan banyakan minuman air kosong (kopi dan teh yang tak bergula) serta jus buah terus (buah potong) tanpa manisan dari gula pasir.
Sedaya upaya jauhkan dari makanan yang dicanai, diprocess dan dimasak dengan minyak sayuran yang kaya dengan lemak politaktepu (poly unsaturated fat) dengan mentega atau minuman yang berkrim. Cara ini memang dianggap merugikan oleh setengah pehak, bagi saya menjaga kesihatan hati adalah lebih penting dan mestilah diutamakan.
Makanan yang kadungan gula pasirnya tinggi dan juga tepung yang diproses (tahap GI yang tinggi) boleh juga membebankan mekanisma hati bagaikan memberi makanan pada ikan mas tak henti- henti hingga mati.
Hati kita memang kerja kuat hari demi hari. Semua penhadaman makanan; lemak, karbohidrate dan juga protin, disalurkan dari perut ke hati untuk menghasilkan tenaga, bahan pertahanan badan dan kolesterol (jahat LDL dan baik HDL). Menyakiti hati dengan sengaja melebih-lebihkan bahan-bahan untuk dicanakan dan juga makanan yang merbahaya seperti alkohol atau getah-getah herba yang belum dibuang lagi boleh menyebabkan ianya kelemahan dan boleh membawa maut pada kita.
Tidak ada siapa yang tahu akan kesihatan hati kita melainkan kita sendir. Doctor dan pakar hanya boleh memberi ubat untuk menahan kesangsaran kita namun tidak boleh membalik (reverse) kesihatan hati kita jika kita terus tidak sedar yang tabiat makanan kita sudah menyakitinya. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, November 5, 2011

Makan minyak kelapa dara setiap hari

Apa yang anda makan sebagai bekalan harian lemak acid lauric anda?
Ramai di antara kita takut untuk makan santan kelapa, bukan kerana baunya atau rasanya; tetapi kerana takut akan kolesterol. Ramai yamg berpendapat makan kuah lauk yang bersatan kelapa akan menaikan kolesterol dalam badan walaupun sesudu. Tidak kurang juga yang berpendapat satan itu kolesterol hingga membuat keputusan untuk tidak lansung makan makanan yang berasaskan kelapa atau satan.
Dalam mecari jawapan dari segi pratikal saya telah menemui beberapa orang yang tidak lansung setuh satan selama lebih dari 20 tahun. Seorang perniaga nasi lemak yang berbangsa cina takut makan nasi yang dimasaknya sendiri, tetapi isterinya suka akan nasi lemak suaminya kerana boleh menjimatkan perbelanjaan harian beliau. Bila ditanya tentang kesihatan mereka, suaminya menyatakan yang dia mengidap darah tinggi, kecing manis dan beberapa lagi kesulitan yang dihadapi oleh gulungan orang obis. Tapi yang anihnya, isteri beliau masih sihat dan bertenaga.
Keluarga yang satu lagi telah berhenti makan satan kelapa sejak mendirikan rumah tanga kira-kira 25 tahun lalu. Dalam 4 tahun kebelakangan ini, suaminya telah menjalani bypass dan isterinya telah diserang angin akmal manakala anak-anak mereka kesemuanya obis dan kerap diganggu oleh kesulitan kesihatan.
Lemak acid lauric hanya boleh didapati dalam makanan yang berasaskan satan / minyak kelapa atau susu ibu (untuk bayi). Tanpa makanan ini, anda kehilangan 'pasukan pelapis' untuk memerangi gejala-gejala kesihatan semasa.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, November 4, 2011

Minyak Kelapa Dara (VCO)

Definasi: VCO, Virgin Coconut Oil atau minyak dara kelapa lebih popular dikenali dengan minyak kelapa dara. Ia adalah minyak nyior/kelapa yang belum terkena haba lagi atau dipanaskan seperti minyak kelapa kopra atau minyak tanak.

Apa baiknya VCO ini?
VCO mengandungi acid lemak lauric dengan banyak, 48%. Setiap dewasa yang telah dibesarkan dengan susu ibu patut mengetahui yang acid lemak itulah yang melumpuhkan serangan virus penyakit yang boleh membawa maut ketika masih berada dalam pangkuan ibunya. Ini kerana susu ibu juga ada mengadungi acid lemak lauric sebanyak 5% dari jumlah lemak.

Tuesday, October 25, 2011

Minyak Kelapa Dara


Testimoni
Saya, Jaffar Bin Ab. Hamid, tarikh lahir 29-09-1955, telah mengamal makan minyak kelapa dara selama 4 tahun. Sebelum amalan ini saya kerap kali mengalami pendarahan hidung selepas mandi malam, sesak nafas jika kerja berat, angin, berat badan 85kilo, berdarah bila buang air besar dan lupa-lupa. Sekarang syukur alhamdullillah saya telah sembuh dari penyakit-penyakit tersebut. Berat badan sekarang tidak sampai 70kilo. Saya rasa selesa dan kurang diserangi batuk dan demam. Saya masih mengamal makan minyak kelapa dara 2 sudu besar waktu pagi dan 2 sudu besar sebelum tidur.
Nombor IC 550920-01-5823
Talifon 0132069011 / 0124437328

Amalan 4 sudu besar sehari untuk orang dewasa / 1 sudu kecil untuk kanak-kanak boleh melingdungi dari:
- Resdung dan masalah penafasan
- Buasir dan sembelit
- Sindrom lemah badan
- Bakteria, cacing dan kurap
- Mudah lapar (obese)
- Demam dan selsema
- Sakit jantung
- Penyakit kulit
Kesan jangka panjang ialah:
1. Mengurangkan kolestrol
2. Mengawal kencing manis
3. Mengatasi masalah penyakit
4. Menghindar dari alahan
5. Penumbuhan rambut
6. Mengelakan kanser
7. Melegakan penafasan

VCO Coco-Camila diusahakan oleh
KBS Food and Beverage Trading (PG-0229981-T)
14 Lorong Tuna, 13700 Seberang Jaya, Seberang Prai, P.Pinang

Coco-Camila: Minyak kelapa Dara yang berbeza

Minyak Kelapa Dara (VCO) Coco-Camila dari Seberang Jaya, Seberang Perai sudah dikenali sejak tahun 2007. Berbeza dari minyak kelapa dara yang terdapat di pasaran, VCO ini diperbuat dari santan yang diperah dengan air kelapa tua sendiri. Kemudian santan tersebut diperam selama 18-36jam. Dengan cara sedemikian minyak kelapa dara Coco-Camilah adalan sebenar-benarnya minyak dara yang lansung tidak bercampur dengan bahan pengawet, ragi atau terkena haba semasa diprocess dengan mesin seperti yang disiarkan dalam TV baru baru ini.
Oleh itu Minyak Kelapa Dara Coco-Camila kami mengadungi phenolic anti-oxida “non-lipid fraction” yang tinggi sebagaimana dalam kajian Prof. Kapila Seneviratne dari Sri Lanka baru-baru ini. Phenolic anti-oxida adalah bahan aktiv yang boleh mencegah serangan penyakit jantung.
Selama 4 tahun dipasaran, ramai rakan-rakan kami telah merasa khasiat yang terkandung dalam Minyak Kelapa Dara Coco-Camila. Di antaranya ia-lah
  • Peningkatan pertahanan diri dari demam penyakit yang mudah berjangkit
  • Memulih dari sawan terutama di kalangan kanak-kanak
  • Melegakan batuk dan sesak nafas dengan cepat dan berkesan
  • Memulih dari buang air besar yang berdarah
  • Mengawal berat badan dan merendahkan tahap gula dalam darah
  • Memulih dari rasa kebas-kebas di otot-otot
  • Menyembuh luka-luka, kudis, kulit terbakar dengan cepat.
  • Menghilangkan kulit pecah di tumit kaki
  • Memulih dari jerawat (acne) dan banyak lagi penyakit kulit
Penguna minyak kelapa dara perlu memahami yang ianya bukan ubat atau penawar, tetapi makanan biasa yang mempunyai khasiat yang luar biasa. Khasiat minyak kelapa memang sudah di sedari oleh orang putih sejak 60 tahun dahulu, tetapi demi untuk mengelakkan wang mereka dapat di tangan kita, mereka telah berjaya menakut nakutkan kita bahawa santan atau minyak kelapa adalah bahaya untuk kesihatan. Dengan helah ini mereka telah berjaya memasarkan minyak sayuran yang datangnya dari negara-negara menganti minyak tanak (minyak kelapa) yang lenyap dari kedai-kedai runcit sejak 50 tahun dahulu.
Penguna minyak kelapa dara harus berwaspa dengan minyak yang tengik (perat) atau kelabu atau berbau wangi macam kerisik. Minyak kelapa sedemikian boleh beli dari kedai membuat kek atau bahan masakan dengan harga yang murah dan kemudian dibotolkan sebagai minyak kelapa dara.

Untuk keterangan lanjut sila sms (semua sms dari kami adalah percuma) jika ingin menjadi rakan niaga kami
ES<jarak>EQ<jarak>VCO<jarak>NAMA dan hantarkan ke 32828

Untuk cara pemakanan sila sms
ES<jarak>PMK<jarak>NAMA dan hantarkan ke 32828

Saturday, October 1, 2011

Way of healthy life

“Let food be thy medicine and medicine be thy food.” (Hippocrates, father of medicine, 431 B.C.)