Total Pageviews

Saturday, November 19, 2011

Pilih minyak kelapa yang betul2 tulin dan dara

Dipasaran ada bermacam jenis minyak kelapa dan minyak kelapa dara. Bukan semua minyak kelapa dara serupa. Penguna atau bakal pengguna mesti pandai memilih minyak yang betul2 tulin dan betul2 dara untuk mendapat khasiat yang sebenar. Seperti rajah di atas menunjukkan 3 cara untuk membuat minyak kelapa dara. Laluan hijau menunjukkan minyak kelapa dara yang diperam dengan menggunakan air biasa dan ragi (paling popular ialah ragi nasi basi). Laluan biru adalah pengeluaran minyak kelapa dara yang menggunakan air kelapa, dan laluan kuning mengguna mesin perah tekanan tinggi (high pressure press machine) untuk mendapat minyak dara.
Kalau dibandingkan kuantiti pengeluaran, laluan kuning boleh mengeluarkan kuantiti yang besar berbanding dengan laluan hijau dan biru. Pembekal-pembekal besar memang menguna cara ini kerana kosnya yang rendah. Minyak ini amat popular dikalangan pembekal-pembekal yang tidak membuat sendiri hanya membuat pembotolan dan bungkusan akhir. Laluan biru pula adalah proses yang perlahan dan pengeluaran yang terkecil berbanding dengan laluan-laluan kuning dan hijau. Masalah yang yang utama ialah bekalan air kelapa yang tidak mencukupi untuk proses peperaman. Untuk mendapat 'yeild' yang optima dari satan yang diperam, air kelapa hendaklah berlebihan dengan kuantiti yang 'excess' (berlebihan).
Dengan mengenali proses pengeluaran, pengguna akan dapat membuat penimbangan yang tepat diantara RM (ringgit) dengan kuantiti yang dibeli. Tidak payaklah saya huraikan minyak kelapa dara yang mana mengandugi khasiat yang tinggi dan tidak dicemari dengan bahan asing. Oleh kerana ramai penguna tidak mengetahui asal-usul minyak kelapa dara, tidak heranlah ramai yang tertipu dengan membeli dengan harga yang mahal.
Minyak kelapa dara yang dikeluarkan dengan mesin tekan (cold pressed) dipanggil 'dry' sebab ianya dikeluarkan dari isi kelapa yang kering. Semasa ditekan dengan kuat minyak kelapa akan keluar dari isi yang kering itu tadi. Semasa itu juga suhu dalam mesin akan naik sedikit dan menghasilkan minyak kelapa dara yang beraroma wangi. Kalau dimakan terus, 'kekeringan' minyak ini akan boleh dirasai semasa menelanya, rasa perit sikit ditekak. Minyak ini boleh didapati dipasaraya dengan harga yang murah sedikit, rm40 untuk 500ml. Kadangkala nama minyak kelapa dara ini ditambah 'Organic' atau 'Extra' untuk memikat hati pelanggan.
Saya kurang senang dengan perkataan 'Organic' ini kerana pada pendapat saya semua minyak kelapa dara adalah organik, setahu saya pohon kelapa jarang sekali menguna baja kimia. Pohon kelapa memang senang tumbuh, tidak seperti buah kelapa sawit yang kadang-kala memerlukan semburan racun perosak, minyak kelapa dara diambil dari isinya bukan dari sabutnya. Kalau nak dikelaskan 'Organic', minyak dari process laluan biru memang tidak menguna bahah asing 100%.
Minyak yang diproses secara basah dengan mengunakan air biasa dan ragi berlainan sedikit. Minyak kelapa dara berbau ragi (masam) dan rasanya pun masam sedikit. Proses ini popular di Malaysia dan di Indonesia dikalangan pengeluar-pengeluar yang rendah bajetnya.


No comments:

Post a Comment