Kalau ada kategori sukan gemuk dalam sukan SEA mesti dah tentu EMAS milik kita. Masih lagi dipersalahkan gula, nanti boleh naik harga lagi. Satan sekilo ada sampai RM10, pun ada orang kata bagus sebab rakyat orang Malaysia dah tinggi tahab kolesterol. 10 dalam 10 orang Malaysia tak tau apa dia tu lemak TRANS yang diharamkan di seluruh dunia. Kalau tanya orang kampong, dijawap pulak ' Yang itu........aahh minyak babi la'. Minyak canola datang dari bunga canola pulak.Anak gemuk dianggap sehat dan bersemangat, kalau kurus takut kena kate 'anak depa tu kurus-kurus, takdak duit kot. Yang perempuan tu lain pulak cerita, 'abang saya suka saya berisi sikit'. Kalau yang lelaki pulak bila gemuk tu jalannya mengembang macam Si Sendo, sampai 40tahun, kencing manis pulak Si Sendo tu. Hai macam-macam gelagat zaman teknologi ni.
Recana berikutnya yang di petik dari www.webmd.com, memberi rinkasan keburukan lemak TRANS
Memakan makanan yang bermentega/margerine dan berkrim adalah sebab utama mengapa seseorang menjadi gemuk. Iklan-iklan margerine yang dulunya popular (10-20 tahun lepas) sudah jarang-jarang kelihatan dikaca TV (ade yang sudah lenyap terus. Warga yang sebaya dengan saya (50an) tentu boleh ingat lagu margine Daisy Margerine. Lemak ini adalah sebenar-benarnya minyak TRANS yang diperbuat dari minyak-minyak sayuran. Margerin dan lemak temusu oleh terdapat didalam berbagai makanan moden. Pilih satu makanan ringan dari rak-rak hyper-market, 99% akan terpilih makanan yang ada lemak TRANS didalam. Makanan ringgan yang mengadungi lemak yang berhantu ini dihias dengan gambar senyuman kanak-kanak dan ahli keluarga yang sihat-sihat. Saya senaraikan dibawah 10 kategori makanan yang masih mengadungi lemak TRANS.
1. Mentega atau margerin
2. Makanan ringan termasuk kek-kek dan biskut (tidak termasuk kerepek dan keropok tradisi melayu)
3. Makanan ringkas seperti mee segera, roti canai
4. Makanan 'fastfood' burger, fries, ayam goreng ala KFC. (tidak termasuk ayam goreng berempah)
5. Makanan frozen
6. Makan bekeri. (roti, donat, dll)
7. Potato chips dan keropok-keropok yang diadun dengan mentega
8. Makanan pagi orang kaya (cereal, choco dan energy bar)
9. Gula-gula dan makanan sampah budak-budak
10. Makanan berkrim seperti kopi atau teh pracampuran, creamer pekat (bukan produk isian susu)
Tuuuuu diaaaa......siapa yang tak pernah makan makan-makan yang disenaraikan. Rasa tak seronok hidup pulak kalau makan-makan ini dipantangkan. Tapi, fikir dulu, jika kaki di potong semasa umur kita 40 tahun, lagi teruk kan?? Kalau buah pingan dah tak berfungsi semasa umur kita 30 tahun, bagaimana pulak??. Gejala yang dibawa oleh lemak TRANS paling merbahaya. Tapi, kenapa orang dan pehak berkuasa tidak pandang berat. Inilah dunia economy sekarang.
No comments:
Post a Comment