Sebagaimana yang saya tulis dalam recana sebelum ini, lemak tepu yang terkandungan dalam minyak kelapa dara boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama lemak tepu rantain pendek sebanyak 63% dan yang satu lagi 30% lemak tepu rantaian panjang yang juga terdapat dalam lemak minyak sawit dan lemak binatang.
Lemak tepu rantaian pendek/sederhama ini terdiri dari lemak acid caproic (1%), caprrylic (8%), Capric (6%) dan Lauric (48%). Lemak acid Lauric juga terkandung susu ibu serta susu lembu dan kambing tetapi sedikit saja berbanding kandungan dalam minyak kelapa.
Lemak tepu rantaian pendek/sederhana ini luar biasa kerana ianya bukan saja antibody yang kuat dan amat berkesan melumpuhkan bakteria dan virus tetapi ianya juga berkeupayan memberi tenaga dengan pantas tanpa melalui haluan penhadaman minyak-minyak yang lain, dimana hempedu dan juga hati akan memecah lemak panjang sebelum mencananya menjadi tenaga dan juga kolesterol.
Lemak tepu rantai pendek/sederhana ini juga popular dikenali sebagai lemak MCT (Medium chain Triglyceride) dikalangan ahli sukan yang mengunakannya (makan) untuk mendapatkan tenaga. Ianya jadi kegemaran dikalangan pemain rugbi pasukan England. Kestabilan MCT juga menjadikan minyak pilihan untuk dijadikan bahan kosmetik ttanpa alkohol.
Minyak kelapa dara bukannya ubat- ubatan, ianya adalah makanan semula jagi yang berkhasiat saolah-olah satu penawar yang dijadikan oleh Allah swt untuk mencegah dan merawat penyakit ribuan tahun sebelum adanya ubat- ubat modern. Ianya diumpamakan makan campuran anti-biotic yang pandai menhapuskan kuman (kulat, bakteria dan virus) yang jahat dan air minuman tenaga bertindak pantas.
Dengan adanya lemak tepu yang sebeginirupa minyak kelapa kembali semula memenuhi rak-rak, ditokoh-tokoh ubat dan dipasarays yang telah dikosongkan selama lebih dari 5 dekad, sebagai minyak kelapa dara yang lebih mantap. Tak heranlah pada tahun 2009 minyak kelapa dara telah mengambil sebagai hadiah krismas yang popular dikedai online Amazon.com menenepikan makan kesihatan kacang soya yang mendahului makanan-makanan kesihatan lain setiap tahun.
Ini memberi penunjuk yang minyak kelapa dara telah diterima oleh masyarat yang berpengetahuan tetang sifat-sifat minyak kelapa.
Dalam rencana saya, saya sering kali menguna minyak kelapa dan minyak kelapa dara bertukar tukar seolah-olah kedua-dua minyak ini serupa. Memang kedua-duanya seakan-akan. Jika bandingkan kandungan acid lemak kedua-duanya sama, tapi disebabkan minyak kelapa dara adalah minyak 'virgin' warnanya jernih seakan-akan air, baunya lembut dan mengandungi vitamin E, anti-oksida bukan lipin dan boleh bertahan selama 5 tahun tidak tukar bau dan rasa. Baki mereka yang tak tahu atau, mereka ini akan mentaksirkan ianya minyak kelapa dari kelapa muda. Ada juga pakar nutrasi, doktot-doktor dan profesor yang turut membuat taksirran pakai hentam saja menyatakan 'minyak dari kelapa muda' tanpa buat kerja rumah. Sebenarnya minyak 'virgin' ialah minyak yang dikeluarkan secara sejuk tanpa merosakkan struktur minyak jati dengan api atau bahang api. Hah, tu dia. Susah bagi orang yang tak berpengalaman memahami bagaimana nak keluar kan minyak tanpa mengunakan api. Api boleh merosakan kandungan semula jadi (kandungan jati) minyak kelapa menjadikannya senang rosak atau tengek.
Mengikut sumber-sumber pakar nutrasi minyak makan negara barat, negara-negara dirantau asia masih lagi ketinggalan lebih dari 30 tahun tentang penhadaman lemak dan minyak dalam badan; itu sebabnya orang ramai masih tidak sedar yang ujudnya lemak atau minyak yang disahkan penyebab obisiti tetapi masih lagi digunakan sebagai minyak makan dinegara kita. Walaupun negara kita pengeluar minyak makan sawit (sawit) yang terbesar didunia, hanya segelintir saja yang peka tentang peranan minyak makan dalam badan. Untuk apa kita makan minyak/lemak. Ramai yang saya tanya menyakal perkataan 'makan minyak'; "eeh saya tak makan minyak". Secara lansung memang tidak, tapi secara tidak langsung banyak. Lebih dari 80% makan orang melayu ditumis atau digoreng, satu famili yang ada 5 ahli keluarga menguna lebih kurang 10liter minyak masak; tolak 10% sisa, setaip ahli keluarga sekurang-kurang 1.5 kilogram minyak makan yang telah diperhangatkan. Ini tidak termasuk, lemak/minyak dari ayam, margerine dan temusu dalam berbagai bentuk. Saya akan huraikan dalam blogpost yang selanjutnya.
No comments:
Post a Comment