Sudah ramai pengusaha minyak kelapa dara (VCO) saya tanya di semenanjung; kesemuanya tidak mengusahakan VCO mereka secara pemeraman tradisional purba dengan menguna air kelapa. Ini disebabkan pengusaha susah dapat air kelapa yang segar dan juga pemeraman cara ini agak rumit sedikit. Lagipun pengeluaran nya pun agak berbekurangan.
Saya hanya dapat 30% minyak dari santan yang di peram, berbanding dengan 50% minyak dari process tekanan sejuk (Cold-press), atau peram dan menanak satan dengan api yang pelahan.
Dengan cara pemeraman VCO Coco-Camila tradisional purba, minyak kelapa dara kami kurang mengandungi FFA (Free Fatty Acid) yang bila di telan akan menyakitkan tekak. Minyak kelapa dara Coco-Camila sangat senang di makan. Tapi yang amat penting sekali, VCO Coco-Camila mengandungi anti-osida tambahan; iaitu anti-osida dari air kelapa yang amat berguna kepada kesihatan tubuh kita
No comments:
Post a Comment