Cara ini sudah dilakukan turun-temurun. Minyak dara diperolehi dari sumber buah kelapa saja.
"If more people would allow food to be their medicine there would be a lot fewer medications being prescribed by doctors and we would have a lot more 90-year-olds around to tell us that they take no doctor-prescribed medications." Editors of 'Celebrating A New Life At 90 Years Young'
Total Pageviews
Sunday, December 25, 2011
Monday, December 12, 2011
Makin ramai pakar yang yakin pada khasiat Minyak Kelapa Dara
"Recently, I had to have an unpleasant experience in a TV debate on coconut oil as the best fat for man, next only to mother’s milk as the fat base of both coconut oil and mother’s milk is the vital immune booster, sodium monolaureate. Monolauric acid is found only in mother’s milk and coconut oil. The young cardiologist opposing me was lost for data to match to say that coconut oil is poison but he kept on repeating that his books and ‘guidelines’ say that coconut oil is bad! Little did he realise that all the ‘guidelines’ and books are written by company sponsored thought leaders."Professor Dr BM Hegde, Angioplasty, Bypass Surgery Myths and Chelation Therapy Facts, Moneylife Personal Finance site and magazine
Lagi, apa kata pakar-pakar yang tahu keistimewaan Minyak Kelapa Dara
"..If there was an oil you could use for your daily cooking (or rawing) needs that helped protect you from heart disease, cancer and other degenerative conditions, improved your digestion, strengthened your immune system, protected you from infectious illness and helped you lose weight, would you be interested?"
Lagi, apa kata pakar-pakar yang tahu keistimewaan Minyak Kelapa Dara
What Experts Say about Virgin Coconut Oil/Coconut Oil...
"..If there was an oil you could use for your daily cooking (or rawing) needs that helped protect you from heart disease, cancer and other degenerative conditions, improved your digestion, strengthened your immune system, protected you from infectious illness and helped you lose weight, would you be interested?"
Bruce Fife, N.D.
Author of The Healing Miracle of Coconut Oil
Coconut oil is most important oil because it is a lauric
oil. The lauric fats possess unique characteristics for both food industry uses
and also for the uses of the soaps and cosmetics industries. Because of the
unique properties of coconut oil, the fats and oils industry has spent untold
millions to formulate replacements from those seed oils so widely grown in the
world outside tropics...
Mary G. Enig, Ph.D., F.A.C.N.
Most fats, after digestion, circulate in the bloodstream
contributing fat to our fat cells. MCT in coconut oil, however, do not. They
are used by the body as an immediate source of fuel and, therefore, do not
circulate in the bloodstream like other fats. They produce energy, not body
fat. Their ability to produce energy is so effective that after eating a meal
containing MCT, your metabolism is shifted into a higher gear and you feel a
surge of energy...
Bruce Fife N.D.
Author of "The Miracle Oil"
..coconut oil doesn't have toxic effects. Most of the images
and metaphors relating to coconut oil and cholesterol that circulate in our
culture are false and misleading.
Raymond Peat, Ph.D
Coconut oil is truly the healthiest oil you can consume. It
is rich in lauric acid, which is known for being antiviral, antibacterial and
anti fungal and contains no trans fat (even olive oil has some trans fat). You
can even use it on your skin to help prevent wrinkles.
Dr. Joseph Mercola
Author of the "Total Health Program" The World's
Most Popular Natural Health Newsletter
The remarkable thing about the saturated fat in coconut oil
is the high content of medium chain fatty acids, of which the most abundant is
lauric acid, forming about 60%. These MCTs have remarkable properties, all of
which contribute to our well being.
Dr. Eng Ji Bah
Practicing Thoracic and Cardiovascular surgeon, Penang , Malaysia .
Author of “A Recipe For Health” Published 2005 Malaysia
ISBN: 978-9-831-87507-0
Saturday, November 26, 2011
Tiga langkah untuk hidup sihat

Dalam dunia yang moden dengan penduduknya yang mencecah 7 billion manusia, macam-macam pun jika luluskan oleh penguatkuasa setempat boleh dijadikan makanan. Ada juga kajian yang menyatakan pada tahun 2020 berikutnya manusia akan kekurangan ikan laut. Oleh yang demikian, manusia tidak berputus asa mencari sumber-sumber baru untuk dijadikan makanan. Tidak kira apa jua. Keadaan ini juga memberi peluang pada mereka-mereka yang ada hubungan baik dengan pehak penguatkuasa untuk meraih keuntungan yang besar.
Tidak hairanlah makan-makanan yang baru, yang dulunya tidak dimakan oleh manusia, atau dimakan oleh segelintir puak/kaum sudah menjadi begitu popular. Makanan ini diubahsuai secara pengubahsuaian jenatik atau kompenen semula jadi supaya tidak memudaratkan kita manusia. Namun begitu, manusia masih belum lagi memahami sepenuhnya apa yang terjadi pada makanan-makanan yang dimakan. Ini sememangnya kelemahan kita manusia walaupun dengan adanya jutaan pakar-pakar, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh makanan masih bermaharajalela lagi. Sakit jantung, kanser dan angin akmar adalah diantara penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh makanan-makanan baru yang direka oleh manusia.
Hidup sihat tanpa penyakit memanglah diidami oleh setiap manusia. Dengan adanya berbagai penyakit, agak sukar untuk kita jauhi dari diserangi, bagaikan katak hendak menyebrangi lebuhraya. Walaupun agak sukar, ada diantara kita sudah berjaya menjauhi hidup bahagia sampai umur menjangkau ke 90an. Untuk mereka yang telah berjaya saya ucapkan tahniah, sukur Alhamdullillah dan isya-Allah berbahagia selalu.
3 langkah untuk hidup sihat adalah seperti berikut:
1). Jauhkan diri dari makanan yang mengandungi TFA, iaitu TRANS FATTY ACID yang paling merbahaya sebab sukar kita hendak mengetahui di mana ianya bersembunyi. Ini agak berbeza dengan rokok, lemak ini amat disukai oleh manusia. Oleh kerana TPA terkandung dalam kebanyakan makanan moden, maka amat sukar untuk kita mengelaknya dari dimakan. Satu cara yang boleh kita buat ialah jauhkan diri dari makanan yang mengunakan margerin, krim temusu, bahan-bahan isian dari minyak sayuran. Ini sangatlah mustahil kerana boleh dikatakan semua makanan ringan mengandungi TPA, oleh itu pangtanglah kecuali keropok dan kebanyakan kerepek tradisional.
2). Elak dari makanan dan minuman yang dibuat dari soya segar. Kalau nak makan mee goreng, order sepinggan tanpa tauhu atau tokua. Lagi pun makanan-makanan segera yang terdapat di kaunter-kaunter pasaraya kebanyakannya mengandungi pati kacang soya; memang tak boleh mis. Kalau dulunya lemak babi digunakan, sekarang lemak binatang ini digantikan dengan lemak trans yang diperbuat dari minyak kacang soya. Jangan sekali-kali minum air soya, yang dalam kotak ataupun ditepi jalan. Soya segar memang ada banyak keburukan dari kebaikan. Ia mengadungi getah phytic acid yang boleh melembabkan penghadaman makanan dalam perut yang boleh mengakibatkan penyakit urik asid dan gout. Lagipun kacang soya sekarang adalah produk GMO atau secara ringkasnya product direka oleh manusia, dan tidak lupa juga dengan racun perosak ada pada setiap biji kacang. Bahan merbahaya yang terkandung dalam kacang soya termasuk:
i). Phytic acid, atau phytates yang didalam getah kacang mentah. Bahan ini akan menahan penghadaman mineral yang mustahak untuk badan seperti calcium, magnesium, besi dan zinc.
ii). Bahan penghalang pencanaan protin. Bahan ini akan menahan penghadaman trypsin dan enzymes-enymes yang lain yang digunakan badan untuk pencanaan protin.
iii). Kacang soya juga mengandungi hemagglutinin. Bahan ini boleh menyebab pembekuan sel-sel merah dalam darah. Sel-sel merah setelah berkumpul (cluster) boleh mengurangkan pengambilan oksigen dalam darah.
3). Gantikan minyak makan dengan minyak kelapa dara. Langkah ini agak menelan belanja sedikit, tapi perlu beringat kesihatan lebih bermakna dari wang ringgit. Lagi pun pengambilan minyak lain pun akan berkurangan. Ingat yang minyak kelapa dara adalah berbeza dari minyak makan yang lain. 63% adalan minyak rantaian pendek yang senang dihadam oleh badan, jadi minyak yang melalui penghadam biasa hanyalah 37% peratus sahaja. Ini akan secara lansung menurunkan tahap kolesterol didalam dara. Saya rasa lebeh selamat sebab minyak kelapa dara diambil dari santan hanya menguna air kelapa bukan macam minyak soya atau minyak sayuran yang lain yang menguna bahan kimia yang beracun dan mudah terbakar, hexane untuk melakukan ekstrasi dari bahan mentah.
Thursday, November 24, 2011
Pengawalan Berat Badan Serta Membuang Tanda Resdong dengan VCO
![]() |
| Masih belum terlambat |
Mengikut kajian, seseorang yang
mempunyai berat badan berlebihan akan dapat mengurangkan risiko penyakit kecing
manis jika membuat pertukaran diet dan meningkatkan aktiviti senaman jasmani. Penyakit-penyakit
lain yang boleh dielakkan dengan memberi perhatian pada kawalan berat badan
termasuk penyakit jantung, penyakit hempedu, darah tinggi dan kenser.
Pengambilan minyak kelapa dara (VCO) dengan
matlamat untuk mengurus atau mengawal berat badan adalah satu langkah yang
wajar kerana VCO adalah bahan yang paling selamat serta tidak memberi kesan
sampingan yang bahaya dan di luar jangkaan. Disamping mengawal berat badan, VCO
mempunyai banyak penawar yang mujarab dan berguna untuk badan serta
mengembalikan kesihatan badan ke arah yang seimbang dan sepatutnya.
Minyak kelapa dara tidak
mengemukkan sebagaimana yang dihebohkan oleh setengah masyarakat yang pandai
bercerita apa yang didengari mereka tanpa usul periksa dari sudut ilmiah
semasa. Ia adalah minyak yang paling sihat di dunia. Inilah keajaiban yang
dikurnia oleh Allah SWT pada minyak kelapa dara.
Sebelum menjalani disiplin
pengunaan VCO, anda harus tahu proses pegawalan berat badan yang akan berlaku
pada badan.
1. VCO berkebolehan memberi ‘booster’ pada penghadaman kembali ke
tahap yang sepatutnya.
2. VCO akan memberi keseimbangan tahap gula yang berada di dalam
darah (blood sugar).
3. VCO akan membunuh gejala-gejala perisit (candida dan ragi) yang
menyebabkan ketagihan gula dan kabohidrat serta ketidak kawalan berat badan.
4. VCO akan memberi tenaga lapisan kepada tubuh semasa penghapusan
candida dan ragi (yeast) dengan menghentikan bekalan gula dan kabohidrat kepada
kulat-kulat tersebut. Dengan keajaiban VCO membekal tenaga lapisan pada setiap
anggota badan, anda tidak akan merasai kesan sampingan semasa proses
penghapusan kulat-kulat serta parasit tersebut.
Khidmat nasihat
kami tentang cara pengunaan dan pengawalan berat badan diberi dengan percuma supaya
anda memperolehi keputusan yang paling berkesan.
Sunday, November 20, 2011
Saturday, November 19, 2011
Pilih minyak kelapa yang betul2 tulin dan dara
Dipasaran ada bermacam jenis minyak kelapa dan minyak kelapa dara. Bukan semua minyak kelapa dara serupa. Penguna atau bakal pengguna mesti pandai memilih minyak yang betul2 tulin dan betul2 dara untuk mendapat khasiat yang sebenar. Seperti rajah di atas menunjukkan 3 cara untuk membuat minyak kelapa dara. Laluan hijau menunjukkan minyak kelapa dara yang diperam dengan menggunakan air biasa dan ragi (paling popular ialah ragi nasi basi). Laluan biru adalah pengeluaran minyak kelapa dara yang menggunakan air kelapa, dan laluan kuning mengguna mesin perah tekanan tinggi (high pressure press machine) untuk mendapat minyak dara.
Kalau dibandingkan kuantiti pengeluaran, laluan kuning boleh mengeluarkan kuantiti yang besar berbanding dengan laluan hijau dan biru. Pembekal-pembekal besar memang menguna cara ini kerana kosnya yang rendah. Minyak ini amat popular dikalangan pembekal-pembekal yang tidak membuat sendiri hanya membuat pembotolan dan bungkusan akhir. Laluan biru pula adalah proses yang perlahan dan pengeluaran yang terkecil berbanding dengan laluan-laluan kuning dan hijau. Masalah yang yang utama ialah bekalan air kelapa yang tidak mencukupi untuk proses peperaman. Untuk mendapat 'yeild' yang optima dari satan yang diperam, air kelapa hendaklah berlebihan dengan kuantiti yang 'excess' (berlebihan).
Dengan mengenali proses pengeluaran, pengguna akan dapat membuat penimbangan yang tepat diantara RM (ringgit) dengan kuantiti yang dibeli. Tidak payaklah saya huraikan minyak kelapa dara yang mana mengandugi khasiat yang tinggi dan tidak dicemari dengan bahan asing. Oleh kerana ramai penguna tidak mengetahui asal-usul minyak kelapa dara, tidak heranlah ramai yang tertipu dengan membeli dengan harga yang mahal.
Minyak kelapa dara yang dikeluarkan dengan mesin tekan (cold pressed) dipanggil 'dry' sebab ianya dikeluarkan dari isi kelapa yang kering. Semasa ditekan dengan kuat minyak kelapa akan keluar dari isi yang kering itu tadi. Semasa itu juga suhu dalam mesin akan naik sedikit dan menghasilkan minyak kelapa dara yang beraroma wangi. Kalau dimakan terus, 'kekeringan' minyak ini akan boleh dirasai semasa menelanya, rasa perit sikit ditekak. Minyak ini boleh didapati dipasaraya dengan harga yang murah sedikit, rm40 untuk 500ml. Kadangkala nama minyak kelapa dara ini ditambah 'Organic' atau 'Extra' untuk memikat hati pelanggan.
Saya kurang senang dengan perkataan 'Organic' ini kerana pada pendapat saya semua minyak kelapa dara adalah organik, setahu saya pohon kelapa jarang sekali menguna baja kimia. Pohon kelapa memang senang tumbuh, tidak seperti buah kelapa sawit yang kadang-kala memerlukan semburan racun perosak, minyak kelapa dara diambil dari isinya bukan dari sabutnya. Kalau nak dikelaskan 'Organic', minyak dari process laluan biru memang tidak menguna bahah asing 100%.
Minyak yang diproses secara basah dengan mengunakan air biasa dan ragi berlainan sedikit. Minyak kelapa dara berbau ragi (masam) dan rasanya pun masam sedikit. Proses ini popular di Malaysia dan di Indonesia dikalangan pengeluar-pengeluar yang rendah bajetnya.

Wednesday, November 16, 2011
Bilangan gemuk teramai di Tengara Asia
Kalau ada kategori sukan gemuk dalam sukan SEA mesti dah tentu EMAS milik kita. Masih lagi dipersalahkan gula, nanti boleh naik harga lagi. Satan sekilo ada sampai RM10, pun ada orang kata bagus sebab rakyat orang Malaysia dah tinggi tahab kolesterol. 10 dalam 10 orang Malaysia tak tau apa dia tu lemak TRANS yang diharamkan di seluruh dunia. Kalau tanya orang kampong, dijawap pulak ' Yang itu........aahh minyak babi la'. Minyak canola datang dari bunga canola pulak.Anak gemuk dianggap sehat dan bersemangat, kalau kurus takut kena kate 'anak depa tu kurus-kurus, takdak duit kot. Yang perempuan tu lain pulak cerita, 'abang saya suka saya berisi sikit'. Kalau yang lelaki pulak bila gemuk tu jalannya mengembang macam Si Sendo, sampai 40tahun, kencing manis pulak Si Sendo tu. Hai macam-macam gelagat zaman teknologi ni.
Recana berikutnya yang di petik dari www.webmd.com, memberi rinkasan keburukan lemak TRANS
Memakan makanan yang bermentega/margerine dan berkrim adalah sebab utama mengapa seseorang menjadi gemuk. Iklan-iklan margerine yang dulunya popular (10-20 tahun lepas) sudah jarang-jarang kelihatan dikaca TV (ade yang sudah lenyap terus. Warga yang sebaya dengan saya (50an) tentu boleh ingat lagu margine Daisy Margerine. Lemak ini adalah sebenar-benarnya minyak TRANS yang diperbuat dari minyak-minyak sayuran. Margerin dan lemak temusu oleh terdapat didalam berbagai makanan moden. Pilih satu makanan ringan dari rak-rak hyper-market, 99% akan terpilih makanan yang ada lemak TRANS didalam. Makanan ringgan yang mengadungi lemak yang berhantu ini dihias dengan gambar senyuman kanak-kanak dan ahli keluarga yang sihat-sihat. Saya senaraikan dibawah 10 kategori makanan yang masih mengadungi lemak TRANS.
1. Mentega atau margerin
2. Makanan ringan termasuk kek-kek dan biskut (tidak termasuk kerepek dan keropok tradisi melayu)
3. Makanan ringkas seperti mee segera, roti canai
4. Makanan 'fastfood' burger, fries, ayam goreng ala KFC. (tidak termasuk ayam goreng berempah)
5. Makanan frozen
6. Makan bekeri. (roti, donat, dll)
7. Potato chips dan keropok-keropok yang diadun dengan mentega
8. Makanan pagi orang kaya (cereal, choco dan energy bar)
9. Gula-gula dan makanan sampah budak-budak
10. Makanan berkrim seperti kopi atau teh pracampuran, creamer pekat (bukan produk isian susu)
Tuuuuu diaaaa......siapa yang tak pernah makan makan-makan yang disenaraikan. Rasa tak seronok hidup pulak kalau makan-makan ini dipantangkan. Tapi, fikir dulu, jika kaki di potong semasa umur kita 40 tahun, lagi teruk kan?? Kalau buah pingan dah tak berfungsi semasa umur kita 30 tahun, bagaimana pulak??. Gejala yang dibawa oleh lemak TRANS paling merbahaya. Tapi, kenapa orang dan pehak berkuasa tidak pandang berat. Inilah dunia economy sekarang.

Subscribe to:
Posts (Atom)